ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 18 February 2013

PANAS!! Lagi 1000 Ahli PAS Batal Keahlian DUN Pasir Panjang! @mbnizar

TS Perak 
tenterasabilbloggers@gmail.com


Lumut, 18 Feb -  "Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat. - S. Saravanan

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.


1000 Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang hari ini mengumumkan membatalkan keahlian PAS dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13. 

Kumpulan ini diketuai oleh S.Saravanan, 42 setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan oleh PAS dan Mohammad Nizar ketika PRU ke-12 lepas. 

S.Saravanan merupakan bekas pengerusi DHPP kini hilang keyakinan terhadap PAS dan Mohamad Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. 
p/s - Semakin ramai tinggalkan PAS, kini PAS hanya tinggal sampah sahaja untuk golongan Anwarinas. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih