ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 17 February 2013

5 Perkara PAS Hilang Kuasa PRU-13!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Besut, 17 Feb - PAS bakal hilang kuasa pada PRU ke -13 kali ini apabila memperlihatkan 4 perkara yang membelenggu pemimpin PAS ketika ini. 

Perkara pertama PAS ditolak umat Islam di Malaysia kerana "Amanat Haji Hadi" yang gagal diselesaikan yang memberi kesan perpecahan kepada umat Islam hingga kini. 


Perkara kedua yang kedua ialah elemen Khawarij yang masih diamalkan dalam Pas yang mudah menyalahkan orang lain tanpa memandang secara positif akan sesuatu isu atau perkara juga menjadi penyebab.

Perkara ketiga pemecatan beberapa tokoh agama dalam Pas seperti Ustaz Nasha yang dibuat tanpa soal selidik juga telah menyebabkan umat Islam sudah hilang kepercayaan kepada Pas yang selama ini menggembar-gemburkan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Perkara keempat ialah sikap pemimpin Pas yang sentiasa berdolak dalik dan sering berubah pandangan berhubung sesuatu isu membuktikan Pas sebagai parti tiada pendirian yang mudah menurut telunjuk terutama dari DAP.

Perkara yang kelima dan terakhir ialah mengenai isu Kalimah Allah yang membuatkan ramai pengikut tegar PAS meninggalkan parti kerana PAS tidak mampu mempertahankan Kalimah Allah dan kini semakin dipersoalkan oleh DAP yang merupakan komponen pakatan rakyat.

Melihat kepada 5 perkara ini PAS bakal dijatuhkan sendiri oleh penyokongnya yang kini tidak mahu lagi bersekongkol melacurkan agama Islam. PAS juga mengamalkan mazhab Syiah kerana Mursyidul Am PAS lebih berkuasa daripada Presiden PAS sendiri seperti yang berlaku di Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden namun Ayatollah Khomeini lebih berkuasa daripada Presiden Iran. 

p/s - PAS hilang kuasa, DAP semakin kemaruk ingin memerintah Malaysia. 


1 comment:

  1. Maaf atas komen saya...inilah pemikiran yang dicetak oleh umno...tetapi mengaku tentera sabil...puhhhh...

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih