ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 20 February 2013

PANAS! Hadi Awang Tempelak DAP Tidak Akan Terajui Kerajaan Pusat! @abdulhadiawang

TS Terengganu 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu, 20 Feb – Abdul Hadi Awang dengan yakin dan lantang menyuarakan isi hati bawawa DAP tidak akan dapat menerajui kerajaan pusat meskipun pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13. 

Hadi Awang Mula mempertikaikan 50 kerusi yang dipertandingkan oleh DAP berbanding 222 jumlah kerusi parlimen. 

“Mustahil DAP tidak akan mampu menguasai majoriti 2/3 kerusi bagi membentuk kerajaan” – Hadi Awang 

“Ada yang kata kalau pembangkang menang PRU 13, Malaysia akan diperintah oleh DAP sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi sahaja berbanding 222 kerusi parlimen” – Jelasnya lagi 

“Kalau DAP menang kesemua 50 kerusi tersebut, masih lagi tidak boleh memerintah Negara, seperti Terengganu tiada satu pun kerusi DAP.” – Katanya lagi 

Di Kedah 11 DUN menolak kepimpinan Azizan Abdul Razak kerana lemah dalam menerajui parti. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad. 

Asri Ahmad mendakwa Azizan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti sehingga ramai dalam kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dan kecewa. Antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah, Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. 

Hari ini Pemuda Gerakan Rabu Tan Keng Liang menyerahkan memorandum kepada Azizan Abdul Razak mengenai hutang Kerajaan Negeri Kedah yang telah mencecah RM2.6 Bilion. 

Semenjak PAS mengambil alih negeri Kedah, hutang meningkat kepada RM1 Bilion sedangkan kerajaan negeri Kedah berkata bahawa mereka berbelanja secara berhemah sebaliknya telah membeli sebuah kereta Mercedes S350 dengan nilai mencecah RM800,000 menggunakan duit rakyat. 

Hutang RM2.6 Bilion tidak termasuk hutang pembinaan KUIN RM330 Juta, dan anggaran hutang kerajaan negeri Kedah mencedah RM2.933 Bilion dan baki kewangan kerajaan negeri hanya tinggal RM193.22 Juta.

p/s - PAS semakin terdesak dan didesak menuju ke PRU-13. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih