tenterasabilbloggers@gmail.com
Jeli, 25 Feb - Rakyat terus mengecam fatwa terbaharu Nik Aziz mengenai penerima BR1M adalah haiwan. "Siapa cakap kami lembu. Kami tidak ada kerja, tiada duit jadi bila Kerajaan Pusat bagi duit, kami semua gembira boleh buat beli barang, baju baharu dan macam-macam lagi." - Abos Kunyit
"Seumur hidup saya, tidak pernah ada orang datang rumah bagi duit RM500. Kalau jual sayur pun boleh dapat hasil sikit sangat cukuplah untuk beli beras, gula dan garam. - Katanya lagi
Abos Kunyit adalah salah seorang penduduk orang asli yang melahirkan rasa terkilannya kepada penghinaan Nik Aziz itu selepas menerima BR1M sebanyak RM500 yang telah diserahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Jeli merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Pemimpin Pas tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemberian BR1M dan BR1M 2.0 telah disambut baik setiap rakyat kerana ia berjaya membantu meringankan beban setiap penerimanya." - Datuk Seri Mustapa Mohamed
"Kenyataan menyamakan manusia sebagai haiwan adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab selain merupakan satu manifestasi seorang pemimpin yang hilang kewarasan dan pertimbangan." - Senator Ezam Mohd Noor
"Anak muda dan masyarakat sudah matang berfikir dan mampu menilai sesuatu kenyataan oleh seseorang pemimpin." - Katanya lagi
''Justeru, pemimpin begini perlu dihukum sewajarnya dengan menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang," - Jelasnya lagi
Datuk Seri Musa Aman berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan parti pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga gagal menghargai perasaan rakyat di negeri ini.
"Kita amat sedih dan berdukacita dengan kenyataan itu yang menunjukkan parti pembangkang sudah begitu terdesak" - Katanya lagi
"Bagi rakyat Sabah, BR1M ini adalah pemberian yang akan mereka kenang dan mereka ucap terima kasih kepada pucuk pimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak," - Jelasnya lagi
p/s - Nik Aziz dah nyayok boleh ke nak jadi pemimpin lagi, kesian pengundi PAS yang amik BR1M yang dilabelkan sebagai haiwan.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih