ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 6 February 2013

PAS & PKR Hilang Sokongan, 400 Ahli PAS & PKR sertai UMNO Di Besut!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com


Besut, 5 Feb - PAS dan PKR mengalami kehilangan sokongan ketika PRU ke-13 semakin hampir apabila 400 ahli PAS dan PKR hari ini bertindak keluar parti apabila hilang kepercayaan dan dan pembangkang mula terpesong daripada landasan perjuangan. 

250 Orang daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, 83 orang daripada DUN Kuala Besut, 34 orang daripada DUN Jerteh dan selebihnya 21 orang daripada DUN Hulu Besut. 

Program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) peringkat pertama anjuran UMNO Besut ini telah membawa kepada penyerahan borang keahlian UMNO ini kepada Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ketua UMNO bahagian Besut. 

Ibrahim Mamat, 56 yang menjadi wakil pertama dari Kampung Lapan Kotak mendahului yang lain untuk menyerahkan borang keahlian. Beliau telah 20 tahun dalam PAS dan rela meninggalkan PAS kerana PAS telah terpesong daripada matlamat asal parti.

p/s - Semakin ramai tinggalkan pakatan, ini menunjukkan rakyat semakin muak dengan helah pembangkang. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih