ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday, 21 February 2013

PANAS!! Anwar Hina Nik Aziz dan Hadi Awang Kerana Undi di Sabah! @anwaribrahim @abdulhadiawang @nikabdulaziz

TS Sabah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Sabah, 21 Feb - Anwar Ibrahim terpaksa menghina Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz kerana undi di Sabah demi mencapai kelansungan untuk merampas Sabah daripada Barisan Nasional (BN) 

Ketika berucap dihadapan komuniti bukan Islam di Sabah Anwar dengan jelas berkata bahawa "Nik Aziz no longer understands Islam, Hadi Awang too. He just follows"

Anwar sanggup memburukkan sesiapa sahaja demi mencapai matlamatnya walaupun isu itu berkait dengan soal agama Islam. Anwar adalah sesumpah agama dan politik apabila dihadapan masyarakat cina dia akan cakap lain demi meraih sokongan undi. 

Perkara ini telah berlaku di Kg Buah Pala Pulau Pinang yang Anwar berjanji kepada masyarakat India namun hasilnya setelah DAP memerintah Penang, rumah masyarakat India tersebut dirobohkan, Anwar hanya inginkan undi namun perlaksanaanya akan menjadi sebaliknya. 

Anwar telah memperkecilkan ilmu agama rakan sekutunya dalam parti pembangkang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru dalam kalangan ahli PAS. 

Rakyat Sabah diingatkan supaya tidak tertipu dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang semakin tersedak dalam menuju PRU ke-13 selepas transformasi yang dibuat oleh datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya menyatukan perpaduan dan sokongan kepada BN.

p/s - Anwar dah kehabisan modal untuk menang pada PRU 13. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih