ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 27 February 2013

16,051 Peminjam PTPTN Dikecualikan Bayaran, BN Laksana Pendidikan Percuma!

TS Pahang (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Temerloh, 27 Feb - Kerajaan Barisan Nasional terus melaksanakan pendidikan percuma kepada Mahasiswa Mahasiswi yang mendapat keputusan kelas pertama keseluruhan pengajian dan dapat melahirkan graduan yang berkualiti untuk menempuh alam pekerjaan. 

Sesuai dengan kehendak pasaran pekerjaan yang mengiginkan graduan yang berkualiti dari segi akademik untuk meningkatkan lagi kepercayaan kepada majikan yang ingin mengambil kerja disamping tanpa bayaran balik kepada PTPTN kerana kecemerlangan dalam akademik.

Selaras dengan kehendak rakyat yang mengiginkan pendidikan percuma kini telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional walaupun ianya menjadi manifesto pembangkang ketika PRU ke-12. 

''Mereka yang berjaya dengan keputusan cemerlang itu perlu tampil membuat permohonan menukarkan pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN dan tiada tempoh masa tertentu." - Kata Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said

"Sebelum ini, mereka tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman apabila lulus cemerlang dengan memperoleh kelas pertama mengikut pengajian diikuti," - Jelasnya lagi

Sehingga 31 Januari lalu, PTPTN telah menukarkan pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan para penuntut terbabit yang berusaha mencapai keputusan berkenaan.

Pengecualian PTPTN hanya diberikan kepada graduan yang berjaya dengan cemerlang dan bukannya diberikan kepada graduan yang lemah dan tidak cemerlang serta yang bermasalah semasa di universiti. Tindakan kerajaan ini tepat supaya lonjakan akademik berterusan dan universiti dapat melahirkan cerdik pandai yang berkualiti apabila bergraduan nanti. 

p/s - yang gagal tak kan nak diberikan percuma kan, tidak ada kesungguhan tapi nak percuma, jangan jadi seperti Adam Adli. 



No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih