ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 4 February 2013

Harun Taib Tempelak Karpal Singh! #KalimahAllah

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 4 Feb - "Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," - Harun Taib

Harun Taib menegaskan bahawa Karpal tidak patut campur urusan dalaman PAS kerana dia bukan daripada ahli PAS. 

Semalam Karpal Singh menegaskan bahawa keputusan melibatkan pakatan pembangkang telah dibuat secara bersama dan telah mendapat persetujuan mengenai isu kalimah Allah yang akan digunakan oleh bukan  Islam. 

"Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)." - Karpal Singh

Ketua Dewan Ulama Pas Harun Taib turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.

Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih