tenterasabilbloggers@gmail.com
Shah Alam, 25 Feb - Pakatan pembangkang kini menuju ke arah Malaysian Malaysia untuk menghapuskan semua keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk hak sama rata semua kaum tanpa ada hak istimewa kepada kaum pribumi.
Manifesto pembangkang yang bertemakan "pakatan harapan rakyat" ini telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional sebelum ini, antaranya menghapuskan tol. kerajaan BN yang sedia ada kini telah mengurangkan tol dari semasa ke semasa.
Pendidikan percuma yang dilaungkan oleh pakatan juga telah dilaksanakan dengan baik oleh BN dan ingin melihat pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan sebelum mendapat pendidikan yang percuma, bukannya seperti pakatan pembangkang yang inginkan pendidikan percuma tanpa pelajar-pelajar berusaha mencapai kecemerlangan.
"Perlu difikirkan bahawa kediaman, makan minum, pengangkutan dan belanja harian langsung tidak disentuh oleh pembangkang dan manifesto ini lemah dan tidak menarik kerana pembangkang tidak mempunyai pakar ekonomi" - Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka
"Elaun RM1000 yang dijanjikan kepada warga emas dan pelajar tadika langsung tidak ditunaikan" - Katanya lagi
"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pembangkang tidak pun memberikan pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin" - Shaik Hussein Mydin
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Prof Datuk Seri Amar Diraja Dr Mohammad Fairus Khairuddin menyifatkan bahawa manifesto pembangkang kali ini adalah satu propaganda yang hina untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.
Secara keseluruhannya manifesto pembangkang kali ini langsung tidak dapat menarik perhatian rakyat kerana tiada unsur kerohanian dan pembangunan insan, tiada rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dan tidak mengambil kira kelansungan orang Melayu.
"Bangsa Melayu yang masih serba-serbi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti," - Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali
p/s - banyak retorik dan ucapan politik pada pembentangan konvensyen, manifesto bukan janji kepada pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih