ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday, 26 February 2013

Manifesto Kitar Semula, Firaun & Kecelaruan Agihan Kerusi!

TS Selangor (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Shah Alam, 26 Feb - Pembangkang yang semakin terdesak kini terpaksa kitar semula manifesto lama bagi meraih sokongan rakyat untuk menang PRU ke-13 kali ini apabila Barisan Nasional (BN) telah semakin mendapat sokongan padu rakyat hasil daripada Transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak.

Sepanjang tempoh 5 tahun pakatan memerintah beberapa buah negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor memperlihatkan bahawa banyak janji-janji gagal dilaksanakan. Kali ini pembangkang memperkenalkan menifesto bertemakan pakatan harapan rakyat yang berpaksikan kepada kepada 4 tonggak, rakyat bersaudara, ekonomi rakyat kesejahteraan rakyat dan juga kerajaan rakyat. 

Pada konvensyen semalam, pembangkang langsung tidak membentangkan hasil 5 tahun pemerintahan pakatan dibeberapa buah negeri untuk memperlihatkan kejayaan pakatan menerusi manifesto pada PRU ke-12. 

Hadi Awang kini mendakwa pemberian BR1M adalah perbuatan firaun yang pernah dilakukan pada ribuan tahun dahulu. Menurut Hadi  tindakan Firaun yang memperbodohkan rakyat dengan pemberian BR1M seperti yang disebut dalam Al-Quran. 

Pada zaman Firaun masih lagi belum ada BR1M yang meringankan beban rakyat bagi membantu rakyat. Hadi juga mendakwa BR1M seperi memberi hampas kelapa kepada ayam dan lembu. 

Firaun yang didakwa oleh Hadi Awang inilah yang mempertahankan kalimah Allah, membina masjid, membuat kelas tahfiz, membela nasib Palestin hingga sanggup melawat Palestin yang masih dalam keadaan tidak aman ketika itu, membantu orang daif dan kurang upaya dan mendamaikan Islam  dan Kristian di Filipina. 



Kegagalan pembangkang memutuskan kira-kira 100 kerusi Parlimen dan DUN menunjukkan pergeseran antara 3 parti pembangkang DAP. PKR dan PAS. 

"Seperti ada masalah mereka untuk memilih sama ada calon DAP, Pas atau PKR bertanding di satu-satu kawasan dan mungkin juga ada pertelingkahan berebut menjadi calon dalam setiap parti itu." - Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib 

"Secara langsung, ini juga menunjukkan pakatan pembangkang amat kekurangan calon berwibawa untuk bertanding, apatah lagi bagi mewakili rakyat di sesebuah kawasan Parlimen mahupun DUN dan keadaan ini amat berbeza dengan kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN)," - Jelasnya lagi

Berita SemalamPANAS!! Malaysian Malaysia Fokus Utama PR Pinggir Melayu & Islam! @anwaribrahim @abdulhadiawang @limkitsiang

p/s - Pembangkang semakin terdesak untuk menang PRU-13 sehingga sanggup menghalalkan segala cara. 

1 comment:

  1. Siap tertonggeng gambar mani pistol PR.. terbaik bro

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih