tenterasabilbloggers@gmail.com
Georgetown, 12 Feb - "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," - Karpal Singh
Kenyataan Karpal Singh kepada media ini menunjukan bahawa PAS ditolak dalam pakatan pembangkang dan pilihan Anwar menjadi Perdana Menteri adalah sebagai boneka supaya DAP dapat menguasai Malaysia dan sekaligus menguasai orang Melayu.
Cita-cita DAP adalah untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu sebagai tembok terakhir Malaysia bagi menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik seperti Singapura.
Tindakan Majlis Syura mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam adalah satu tamparan hebat kepada Anwar dan DAP dan ini menunjukkan bahawa Majlis Syura menolak Anwar dalam keadaan tersirat dan masih ingin menunjukkan kerjasama kerana keadaan PRU ke-13 yang semakin hampir.
p/s - Anwar tidak disenangi PAS kerana dasar PAS dan PKR tidak mempunyai persamaan.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih