ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 3 March 2013

PANAS!! PKR Batu Hampar Melaka Lumpuh! @anwaribrahim

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Bukit Katil, 3 Mac - "Kita tidak boleh tunggu lagi kerana perjuangan PKR hari ini jauh menyimpang daripada agenda sebenar. Kami lihat perjuangan PKR atas kepentingan peribadi dan mengejar kuasa." -  Bekas Ketua Cawangan PKR Batu Hampar Tuah Shah Abdul Rahman


143 ahli PKR ini yang diketuai oleh Ketua Cawangan PKR Batu Hampar Tuah Shah Abdul Rahman bertindak keluar parti dan membubarkan cawangan Batu Hampar yang berada dalam parlimen Bukit Kati. 

Walaubagaimanapun 143 ahli ini tidak menyerahkan borang keahlian UMNO sebaliknya menubuhkan Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM) yang bergerak dibawah bukan kerajaan. 

Di Kota Bharu ahli Pas terus mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana dilihat sudah terpesong jauh daripada matlamat asal menegakkan agama Islam. 

Kumpulan diketuai Zakaria Salleh, 58, yang juga bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) itu turut berpendapat, 'kerosakan' yang berlaku dalam Pas tidak akan dapat dibaiki lagi sekiranya terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

p/s - Pencerobohan di lahad datu berkait rapat dengan Anwar Ibrahim, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa!

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih