ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday, 7 March 2013

Manifesto BN Menyeluruh, BN Sedia Gempur Kelantan PRU-13! @NajibRazak @Mustapa_Mohamed

TS Kelantan (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu, 7 Mac - Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk menggempur Kelantan dengan manifesto yang menyeluruh untuk rakyat Kelantan dengan menekankan aspek fizikal dan spiritual selain aspek perpaduan rakyat. 

Antara 7 Projek BN sekirannya Kelantan berjaya dirampas pada PRU ke 13 ialah, 

1. Pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai secara berperingkat
2. Pembinaan masjid berharga kira-kira RM50 juta
3. Stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit
4. Kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
5. Sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu 
6. Menyelesaikan masalah air
7. Kemudahan asas luar bandar

"Kebanyakan rakyat Kelantan masih tinggal di luar bandar, sudah pasti manifesto ini juga akan mencakupi tentang pembangunan luar bandar." - Ahli Parlimen Jeli merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

"Selain itu, soal perpaduan juga amat penting, kita tidak mahu rakyat Kelantan berpecah-belah, kita mahu adakan program dakwah, tarbiah untuk pastikan kita sedar dan insaf perlunya kita bersatu, menjadikan kita umat yang kuat," - Katanya lagi

7 aspek ini besar ini berimpak tinggi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak bagi membangunkan kelantan dari pelbagai aspek termasuk perpaduan antara kaum. 

p/s - Kelantan kembali ke pangkuan BN setelah sekian lama dibawah PAS, BN sedia gempur!

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih