ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 15 March 2013

PANAS!! Penceroboh Rancangan Serang Malaysia PRU Ke13!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Lahad Datu, 15 Mac - "Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," 


Kemasukan pengganas secara berperingkat ini telah mengaburi pihak keselamatan Malaysia. Tindakan ini boleh menyebabkan keadaan negara berada dalam keadaan huru-hara dan tidak menentu sehinggga tercetusnya darurat. 

"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihan raya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan," - Zaini Othman Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)

"Dalam keadaan huru-hara, keseluruhan negara akan rugi dan tiada gunanya kuasa yang ada pada mana-mana pihak," - katanya lagi

Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah menemui 15 lagi mayat pengganas yang telah dibunuh dan telah dikuburkan berhampiran kubur besar yang dijumpai lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam 3 kubur yang berhampiran dengan kubur besar. 

"Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," -  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

p/s - Dalang mesti ditangkap segera supaya negara terus berada dalam keadaan aman. KEMBALIKAN ISA!


No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih