ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday, 8 January 2013

Hadi Kufur Benarkan Kalimah Allah! - Haron Din @abdulhadiawang



Kuala Lumpur 8 Jan- Hadi Awang terus melacurkan agama Islam apabila membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama Kristian. Paderi Australia lebih faham daripada Hadi Awang yang dikatakan Ulama Islam. Menurut pastor Brutus, penggunaan kalimah Allah ini akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam dan Kristian sendiri dengan tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana ketuhanan berbeza.


Hadi patut dengan penjelasan Dr. Haron Din Timbalan Mursyidul Am PAS, Kufur mereka yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Agama lain. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama"

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara."

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama."

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,"

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam, sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah,"

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," 

Video Penjelasan Dr. Haron Din [KLIK]- Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Dr. Haron Din

p/s - Apa lagi penjelasan Hadi? Dr Haron Din menjelaskan mengikut nas-nas agama, Hadi ikut nas-nas politik untuk kuasa. 





No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih