ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 18 January 2013

Ali Rustam Lepaskan Jawatan Ketua Menteri, Tan Sri Rahim Tambychik Terajui Melaka? @mohd_ali_rustam

TS Melaka
tenterasabilbloggers@gmail.com

Melaka - Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhirnya melepaskan kerusi Ketua Menteri Melaka yang disandangnya sejak tahun 1999. Hari ini Ali Rustam mengesahkan bahawa akan bertanding di kerusi parlimen pada PRU ke-13.

Menurut Ali Rustam, beliau telah memberitahu kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib terhadap perkara tersebut.

"Apa pun keputusan saya ingin bertanding bagi kerusi parlimen belum diputuskan sehingga kini" - katanya sewaktu ditemui di SK Dato Palembang ketika menyampaikan bantuan persekolahan RM100 ringgit.

Jika Ali Rustam ke parlimen, Melaka akan mendapat Ketua Menteri yang baharu untuk memacu Melaka ke arah yang lebih maju dan idea-idea yang baharu. 

Calon-calon bakal Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron, Datuk Hj. Md Yunus Hussin atau pun keputusan tergempar untuk Tan Sri Rahim Tambychik menerajui Melaka semula. 

p/s - Melaka bakal diterajui Ketua Menteri baharu, Tahniah Tan Sri Rahim Tambychik. 



No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih