ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 17 January 2013

DAP Keluar Pakatan? #KalimahAllah

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur 17 Jan - Keputusan dan pendirian Majlis Syura Ulama PAS membuatkan Lim Guan Eng dan DAP membisu tanpa membuat sebarang kenyataan menghormati keputusan berkenaan ataupun tidak. 

Tuntutan Lim Guan Eng untuk menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam dalam bible bahasa Melayu telah ditolak Majlis Syura Ulama PAS walaupun pada asalnya Hadi Awang membenarkan kalimah Allah tersebut digunakan oleh bukan Islam pada satu sidang media yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang. 

Jika DAP keluar pakatan dan bekerjasama dengan PKR, PAS kehilangan tempat bergantung kerana PAS hanya menyumbang sedikit sahaja kemenangan kerusi dalam pakatan bagi mentadbir kerajaan pusat. 

PAS hanya menjadi kambing hitam jika terus didalam pakatan kerana sering membuatkan keputusan yang tidak mempunyai kesepakatan antara parti tersebut lebih-lebih lagi dalam isu kalimah Allah yang membuatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Mat Sabu membuat pusingan U bagi menjaga undi mereka. 

Dr Hassan Ali Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) telah menggariskan tiga syarat bagi bagi mengatakan isu kalimah Allah ini selesai secara keseluruhannya,

1) Setiap yang terlibat terutama mereka yang mengusulkan kalimah Allah diizin pakai dalam Bible versi bahasa Melayu perlu melihat dan memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri yang telah dikeluarkan berhubung dengan isu itu. 
Semua pihak mesti bersedia mematuhi peruntukan-peruntukan sedia ada di samping menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini kerana isu tersebut berkait langsung dengan permasalahan akidah. 
2)Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai pihak yang menimbulkan semula isu itu dalam ucapan sempena sambutan Krismas baru-baru ini perlu menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas gesaan beliau supaya Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu. 
Ternyata gesaan itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. 
3) Semua pihak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan fatwa yang dikeluarkan sebelum ini di peringkat Persekutuan dan peringkat negeri mengenai penggunaan kalimah Allah.
p/s - DAP berjaya monopoli PAS, PAS langsung tidak berjaya monopoli DAP kerana Anwar Ibrahim lebih percayakan DAP.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih