ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 1 January 2013

Hadi Awang Takbur & Perlu Bertaubat- Mohd Noor Deris

Kota Bharu 1 Jan - Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyifatkan Hadi Awang takbur jika tidak menarik semula amanat yang dibuat lebih 31 tahun lalu kerana amanat tersebut memberi kesan buruk kepada perpaduan umat Islam.


Prof. Madya Mohd. Noor Deris  yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata Hadi Awang perlu menarik semula amanat tersebuut tanpa mengenakan syarat demi kepentingan umat Islam dan Hadi Awang perlu bertaubat. 

Mohd Noor deris juga menyifatkan Hadi Awang tamakkan kuasa dan dan kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. 



Nik Aziz juga menyokong bahawa Hadi Awang muncul di TV bagi menjelaskan amanat yang dibuat pada 31 tahun lalu yang telah memecahbelahkan umat Islam. 


"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan juga TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada kementerian untuk tentukan, tapi secara live (secara langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia (kerajaan) mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. - Hadi Awang

Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memberikan isyarat jelas bahawa Hadi boleh menggunakan saluran TV1, TV 2 dan TV3 bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai amanat yang telah dibuat pada 31 tahun lalu yang memecahbelahkan umat Islam namun forum ini mesti disertai beberapa orang tokoh agama yang lain seperti mufti supaya penjelasan yang dibuat tidak lagi mengelirukan umat Islam.

"Ini kerana RTM adalah hak rakyat dan boleh digunakan bagi menjelaskan sesuatu tetapi bukan daripada satu saluran sahaja." - Jelas Rais lagi


Sementara itu Pemuda PAS Terengganu meminta kerajaan pusat bertegas berhubung isu kalimah Allah kekal untuk Islam sahaja dan wajid dihormati oleh penganut agama lain bertentangan dengan kehendak Nik Aziz tentang isu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan perlu menggunakan segala kuasa yang ada daripada isu ini terus berpanjangan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
p/s - Semoga forum antara Hadi dan tokoh agama yang lain menjadi realiti dan tahniah kepada Pemuda PAS Terengganu kerana masih teguh dengan penggunaan kalimah Allah dan tidak menyebelahi DAP, PKR dan Nik Aziz dalam isu ini.


No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih