ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday, 29 January 2013

BN Kedah Bercakaran Tidak Tumpu #PRU-13!

TS Kedah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kulim, 29 Jan - Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti perlu menghentikan sikap bercakaran dan berbalah sesama sendiri bagi menghadapi PRU-ke 13 kali ini. 

Para anggota parti khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba tetapi sewajarnya menumpukan kemenangan parti dalam merampas kembali negeri Kedah daripada PAS. 

"Kini angin kemenangan BN kembali bertiup kencang ke arah BN dan kini yakin dapat menawan kembali DUN dan Parlimen di Negeri Kedah kerana kebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen adalah milik BN sebelum ini." - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

"Segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh mestilah dilenyapkan bagi menjayakan PRU ke-13"- Jelas Ahmad Bashah lagi. 

p/s - bercakaran kerana merebut kuasa yang membawa kepada kejatuhan parti sendiri.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih