ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 21 January 2013

PAS Akan Bersendirian Pada PRU-13!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kuala Terengganu 21 Jan - Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara tegas akan mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama yang telah menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. 

Hadi Awang tidak akan tunduk pada permintaan DAP untuk mengkaji semula keputusan Majlis Syura yang telah ditetapkan. 

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Politik Hadi Awang dihubungi berkata, Hadi Awang akan mempertahankan pendirian Majlis Syura walaupun jelas dengan pendirian pakatan pembangkang.

Semalam Datuk Harun Taib telah menempelak Timbalan Presiden PKR, dan meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama. 

Harun Taib juga menjelaskan bahawa, kerjasama yang dijalinkan PAS hanyalah dalam soal politik dan soal agama PAS akan membuat keputusan sendiri. 

"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," - Kata Harun Taib

Karpal Sing terus mendesak Majlis Syura menetapkan pendirian yang sama dengan pakatan demi kerjasama yang dijalinkan selama ini. 

"Perkara ini penting supaya Majlis Syura Ulama Pas menetapkan pendirian yang sama dengan pakatan dan kita berharap Abdul Hadi dapat menentukan perkara ini," - Karpal Sing

PAS terus mempertahakan Majlis Syura apabila mereka sedar bahawa selama ini PAS hanya diperkudakan dan semakin hilang kepercayaan penyokong tegarnya sendiri apabila semakin hari semakin ramai penyokong PAS keluar parti dan memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional. 

p/s - PAS akan bersendirian pada PRU-13 kali ini apabila banyak bercanggah dalam isu agama. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih