tenterasabilbloggers@gmail.com
Kuala Lumpur, 29 Jan - Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-Abidin untuk menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.
DAP dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan undi Melayu sehingga sanggup menggunakan Putera Raja demi kepentingan politik dan kuasa.
"Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain Al-"Abidin.
"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain," kata beliau.
"Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," Jelas beliau lagi
Tunku Zain Al-"Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut melahirkan rasa kecewanya apabila butiran tawaran itu menjadi pengetahuan umum walaupun ia seharusnya kekal sebagai perbincangan peribadi.
Antara Putera Raja yang pernah menyertai politik ialah,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Kedah yang menjadi Anggota Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri dari 1957 hingga 1970 (UMNO dan Semangat 46), Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dari Negeri Sembilan (Anggota Parlimen Rawang 1964-1974, UMNO); Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim dari Terengganu (ADUN Ajil 1990-1995, Semangat 46 dan Pas), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar dari Pahang (Anggota Parlimen Jerantut 1999 hingga kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008, Semangat 46 dan UMNO) dan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dari Perlis (Anggota Parlimen Arau 2004-2008 dan ADUN Pauh 2008 hingga kini, UMNO).
p/s - DEmi kuasa DAP sanggup gunakan Putera Raja demi undi pada PRU-13.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih