ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday, 15 January 2013

DAP Bakal Berdepan Tindakan Dibatalkan ROS? @dapmalaysia

Putrajaya 15 Jan - DAP bakal berdepan dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila dua orang ahli seumur hidup DAP membuat dakwaan bahawa keputusan CEC telah dimanipulasi.

Laporan media melaporkan bahawa Lim Guan Eng menolak untuk mengadakan semula pemilihan parti yang telah membuatkan ramai pemimpin dan anggota cawangan kecewa dengan keputusan CEC yang telah dimanipulasi.

David Dass Aseerpatham Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi dan Setiausaha cawangan  Mahendran Krishnan telah membuat laporan di pejabat ROS pada tengahari semalam. 

"Saya amat berharap ROS akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu anggota parti menyelesaikan pertikaian dan menghalang manipulasi dalam keputusan pemilihan DAP baru-baru ini dibawah Akta Pertubuhan." Kata David Dass Aseerpatham

"Ramai pemimpin cawangan menuntut Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan pemilihan semula tetapi permintaan mereka langsung tidak dihiraukan", Jelasnya lagi

"Ini merupakan satu kes jelas manipulasi pemilihan, dan ia juga bertentangan dengan proses demokrasi dan slogan parti mengenai kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT)," Tambahnya lagi.

David Dass merupakan anggota DAP selama tujuh tahun dan Mahendran, selama 18 tahun. Mereka merupakan perwakilan pada konvensyen DAP dan telah mengundi dalam pemilihan 20 anggota CEC.

p/s - Ini semua salah UMNO ke? Tuntut pilihan raya adil dan bersih tapi dalam parti sendiri dah tak adil dan tak bersih..pooodaaaahhh..

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih