ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday, 4 January 2013

Lajim Ukin Ketua Menteri Sabah Yang Baru? @lajimukin


Kota Kinabalu 4 Jan - Pada Julai 2012 yang lalu Lajim Ukin menggemparkan suasana politik negara apabila mengumumkan perletakan jawatan dalam UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun masih kekal sebagai ahli parlimen Beaufort. 

Menurut sumber maklumat daripada Sabah, baru-baru ini Lajim Ukin telah membuat beberapa "statement yang besar" di dada-dada akhbar di Sabah dan komen yang memihak kepada Pakatan Rakyat walaupun dia tidak menyertai mana-mana parti pembangkang melainkan pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Rakyat - Katanya pada sidang akhbar di banggunan UMNO semalam (Khamis) 

Ucapan pihak-pihak pembangkang akhir-akhir kini telah mengangkat nama Lajim Ukin sebagai Ketua Menteri Sabah jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Sabah.

Setiausaha Barisan Nsional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, "kewibawaan Pakatan Pembangkang menerajui Sabah dipersoalkan kerana gagal mengemukakan senarai kabinet bayangan yang dijanjikan." 

"Pakatan Pembangkang juga tidak menunjukkan semangat perpaduan dan kesefahaman yang baik antara mereka - Jelasnya lagi.

p/s - Lajim gila nak jawatan Ketua Menteri Sabah, jangan sampai tertipu dengan Anwar sudah la Lajim.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih