ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 4 January 2013

Izzah Kantoi Menipu Rakyat Putra Ria! @n_izzah


Lembah Pantai 4 Jan - "Lembu punya susu sapi dapat nama" inilah peribahasa yang amat sesuai untuk YB Lembah Pantai Nurul Izzah mengenai masalah diatas. Masalah diatas telah diselesaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik  Raja Zainal Abidin namun YB Lembah Pantai ini mengatakan bahawa dia yang telah membawa isu ini kepada pihak bertanggungjawab sedangkan penduduk telah berbincang dengan Raja Nong Chik mengenai masalah ini satu hari lebih awal pada 15 Dis 2012 bagi menyelesaikan masalah. 

Apartmen Putra Ria ini terletak di Jalan Bangsar dan mempunyai tiga blok bangunan yang memuatkan 660 unit kediaman dengan kepadatan penduduk lebih 3,000 orang. 


Masyarakat yang ditemui rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan sikap Izzah kerana mencari publisiti murahan untuk dapatkan nama. Seorang masyarakat yang ditemui berkata "rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Izzah yang disifatkan seperti lembu punya susu sapi dapat nama." - En. Ramli Pegawai Masyarakat Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai .

"Izzah tidak pernah ambil peduli mengenai persekitaran dan pembangunan kawasan perumahan ini mana mungkin dia yang membawa perkara ini kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya" - Katanya lagi.

Sazmi Samat 55 merupakan salah seorang penduduk berkata, "penduduk disini mengenai antara satu sama lain kerana telah menetap selama 17 tahun disini dan ini memberikan imej buruk kepada Izzah sendiri dan tindakan Izzah ini adalah tidak wajar kerana untuk mendapatkan nama sahaja sedangkan penduduk sendiri berusaha menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan masalah."

Rokiah Kasim yang merupakan seorang Ketua Penerangan UMNO cawangan Putra Ria berkata "tindakan Izzah ini jelas satu penipuan yang cuba menipu rakyat."

"Izzah memang hadir di kawasan ini pada 17 Dis 2012 untuk majlisnya dan ketika itu sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah, namun kami telah menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan ini pada 15 Dis 2012 iaitu 2 hari sebelum kedatangan Izzah," tambahnya lagi.


p/s - mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Bapa borek anak rintik, bagaimana Anwar kuat menipu begitulah Izzah. 




No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih