ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 2 January 2013

Sambutan Pemimpin UMNO Masjid Tanah Bersama Arak?


Masjid Tanah 2 Jan - Pada 28 Disember 2012 yang lalu, satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh Persatuan kebajikan Kim Lan Paya Mengkuang di Paya Mengkuang yang telah dihadiri seramai 1000 orang masyarakat berbangsa Cina yang telah dirasmikan sendiri oleh Datuk Wira Abu Seman Yusof Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri turut kelihatan dalam gambar di atas Adun kuala Linggi YB Datuk Ar.Hj.Ismail Bin Hj.Othman.

Paya Mengkuang merupakan tempat menternak khinzir yang amat dikenali di Melaka dan Malaysia kerana satu ketika dahulu Paya Mengkuang menjadi pembekal nombor satu terbesar Asia sehingga menjadi kes Paya Mengkuang ingin ditutup oleh Kerajaan Negeri namun mengambil inisiatif mengurangkan pembelaan Khinzir kerana mencemarkan sungai berdekatan.

Persoalan yang timbul adalah, tiada sebotol arak pun dihidangkan pada meja semua tetamu dan hanya kelihatan air oren, ini menunjukkan masyarakat Cina masih lagi menghormati UMNO berbanding PAS, mengapa TS berkata demikian? Lihat gambar di bawah,


Majlis Pakatan Rakyat di tempat yang sama Paya Mengkuang, dicemari dan dipenuhi dengan arak kerana Masyarakat Cina tidak menghormati PAS seperti mana mereka menghormati UMNO. Kehadiran Pesuruhjaya PAS langsung tidak diendahkan walaupun masyarakat Cina mengetahui PAS sebuah parti yang memperjuangkan agama. Majlis makan malam Pakatan Rakyat ini dihadiri oleh pemimpin luar yang bukannya daripada pemimpin PAS Masjid Tanah sendiri. 



Permintaan Casey Value, "Wajar PAS beritahu bahawa kalau PR perintah Melaka orang Paya Mengkuang dapat ternak semula babi. Pasti 99% undi Cina dan India di Melaka undi PAS. PKR. DAP. Dapat sahut cabaran ini - PAS? - PAS diberi syarat dan dicabar untuk memenangi PRU-13 di Melaka.

p/s - Masyarat Cina menghormati UMNO, namun untuk PAS dan PKR mereka tidak menghiraukannya kerana mereka menyedari bahawa PAS dan PKR tidak mempunyai peluang untuk menang di Melaka. 



No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih