ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 24 January 2013

PAS Keluar PR Atas Desakan Penyokong, Lagi Bendera DAP Dipijak!

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu 24 Jan - "Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam." - Mohd Rosli Ghazali Ketua Kumpulan Penduduk

Lebih 50 orang penyokong PAS dan penduduk tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng mengadakan demonstrasi membantah cadangan untuk kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu. 

Mohd Rosli Ghazali 52 mendesak PAS supaya keluar daripada pakatan sekirannya lebih sayangkan Islam. 

"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta supaya semua pihak menghormati dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. 

p/s - berani ke PAS nak keluar pakatan dengan jumlah kerusi sedikit?

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih