Petaling Jaya 9 Jan - Tuanku Sultan Selangor telah mengeluarkan titah mengenai penggunaan Kalimah Allah di Negeri Selangor, semoga Sultan Melayu yang lain juga dapat mengeluarkan titah untuk mempertahankan kalimah Allah ini.
Anwar Ibrahim mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang bukan Islam di negeri ini hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat (PR).
Kebiadapan Anwar terserlah apabila mengatakan bahawa walaupun titah tersebut dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ia tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.
Adakah Anwar terlupa bahawa Sultan adalah ketua agama Islam?
“Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.
“Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada PR dan tidak kepada Umno,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Pagi tadi, Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Berikutan itu, Mohd Misri berkata, Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin berhubung perkara itu.
Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah ALLAH adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan.
Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program. Aku ingat ceramah agama dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! gereja Kristian rupanya.
Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila buka dan lihat per helai aku start confuse, amacam lain macam sahaja ayat-ayat dan hadis dia. Aku tengok balik lah. ayat-ayat kutipan dari Bible. buku dakwah Kristian rupanya. Sumber - DrShaik Hussein
p/s - Hebat Anwar jadi ketua Agama Islam bagi negeri Pakatan. Implikasinya terlalu besar kepada umat Islam, Junjung Kasih Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah diatas titah Tuanku.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih