ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 14 January 2013

#PRU-13 BN Tidak Mampu Tawan Penang? @NajibRazak

Tasek Gelugor 14 Jan - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberi keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kembali menawan negeri-negeri dibawah pentadbiran pakatan rakyat termasuk Penang pada PRU-13 kali ini. 

"Dulu kita kalah pada PRU ke 12 kerana tsunami politik dan kini telah dihentikan oleh Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin  BN  dengan pelbagai produk dan agenda 1 Malaysia." - Kata Datuk Ahmad Maslan

"Pelbagai isu yang melanda negeri dibawh pakatan rakyat juga memberikan nilai tambah untuk rakyat kembali memilih BN" - Jelasnya lagi

Di Kangar, Datuk Seri Ahmad Radzi yakin bahawa majoriti undi BN akan meningkat kepada 3,000 undi berbanding 2, 531 untuk DUN Kuala Perlis pada PRU ke 13. 

Bn telah memenuhi janjinya di kawasan Kuala Perlis sehinggakan pembangkang tidak mempunyai isu dan terpaksa menggunakan isu remeh termasuk isu pengambilan tanah untuk pembangunan bagi menarik simpati rakyat. 

p/s - DAP boleh bersiap untuk hadapi gelombang rakyat, boleh jadi MB di Kelantan nanti jika PAS menang di sana. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih