ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 29 January 2013

Calon PAS Tidak Bersih, Senarai Calon Tidak Dihantar Pada SPRM?

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kemaman, 29 Jan - PAS masih lagi tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon kepada SPRM untuk saringan bagi menghadapi PRU ke-13. Sikap PAS ini menunjukkan bahawa mereka tidak berani menentukan sama ada calon mereka bersih daripada rasuah dan penyelewengan. 

UMNO Terengganu telah menyerahkan nama calon BN kepada SPRM untuk saringan namun PAS masih lagi tidak menyerahkannya. 

"Sudah menjadi sikap PAS dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan SPRM. BN akui dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu semua calon kita bersih daripada sebarang rasuah dan penyelewengan." - Datuk Seri Ahmad Said

"PAS gemar menuduh BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya , cepat-cepat melaporkan pada SPRM untuk disiasat tetapi apabila membabitkan pemimpin mereka sendiri mereka tidak melaporkan pada SPRM" - Jelasnya lagi

p/s - Berani kerana benar seperti Ustaz Nasha, ye tak PAS?

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih