Putrajaya 3 Jan - Isu bakal guru Malaysia yang masih menganggur dan menunggu posting setelah hampir 1 tahun bergraduan semakin dilupakan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kira-kira 3000 orang yang masih belum diberikan penempatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah bergraduan daripada IPTA yang mempunyai kursus Pendidikan.
Sebelum menjadi Mahasiswa Pendidikan mereka terpaksa menjawab soalan peperiksaan yang dinamakan MEdSI sebelum diminta menghadiri temuduga setelah lulus dalam ujian. Jawapan diatas daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran amat mengecewakan kerana akan ada panggilan temuduga setelah KPM mengemukakan sebarang keperluan.
Unjuran sewaktu kemasukan mengambil mahasiswa ISMP sepatutnya mengikut unjuran awal, namun kini KPM memberitahu bahawa perlu ditapis untuk mengikut unjuran, ini bermakna tidak ada unjuran dibuat sewaktu kemasukkan ISMP melanjutkan pelajaran. Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 nampak gah namun nasib bakal graduan ISPM masih lagi tidak lagi dijamin oleh KPM.
Kini Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput Guru Tesl daripada luar negara untuk mengajar di Malaysia, adakah ini adil kepada Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang telah hampir setahun menunggu penempatan di sekolah. Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tidak ubah seperti "Kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan." Slogan Rakyat Didahulukan yang dibawa oleh Datuk Sri Najib tidak dipraktikkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam KPM.
p/s - Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Harap Muhyiddin Yassin dapat selesaikan perkara ini sebelum PRU ke -13 berlaku.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih