ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 13 January 2013

Penganjur #KL112 Ditangkap Langgar 3 Syarat Himpunan? @PDRMsia


Kuala Lumpur 13 Jan- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengesan 3 syarat yang telah dilanggar daripada 27 syarat oleh pihak penganjur yang telah dipersetujui bersama sebelum ini. 

PDRM menjalankan siasatan lanjut mengenai 3 syarat yang telah dilanggar iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. 

"PDRM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai pelanggaran syarat ini mengikut seksyen 15 (1) Akta perhimpunan aman 2012" - kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad. 

Ketua Polis Dang Wangi berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat dan tiada insiden tidak diingini berlaku tetapi hanya berlaku insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan dua orang warga emas pengsan dalam stadium telah dikejarkan di Hospital.

Hanya 200 orang sahaja anggota PDRM yang ditugaskan hari ini untuk mengawal himpunan dan telah melaksanakan tugas dengan cemerlang seperti yang diamanatkan Ketua Polis Negara. 

Menurut Zainuddin, anggaran peserta yang menghadiri himpunan sekitar 45,000 sahaja dan mengenai penemuan bahan letupan di KLCC mendapati tiada bahan letupan tersebut seperti yang dilaporkan.

p/s - Langgar syarat eloklah didakwa penganjur tersebut, janji PKR betul la. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih