Kuala Lumpur 13 Jan - Setelah kalimah Allah digadaikan untuk digunakan dalam bible Bahasa Melayu dan digunakan oleh bukan Islam, kini Himpunan lepas telah mendedahkan lagi 3 kiblat untuk solat dalam Stadium Merdeka dibuat oleh para peserta himpunan kali ini.
Penganjur tidak menetapkan arah kiblat sehinggakan membiarkan peserta solat di 3 arah kiblat berbeza. Inikah himpunan yang dikatakan keramat untuk menerajui kerajaan pusat pada PRU-13 hinggakan arah kiblat pun tidak boleh ditentukan untuk mencapai kata sepakat.
(45,000 sahaja bukannya 1 Juta atau 100K)
Mungkin kiblat-kiblat ini ingin menunjukkan 3 buah parti utama dalam PR iaitu DAP, PAS dan PKR. Perjuangan untuk mempertahankan agama tiada dalam agenda perjuangan PR, hanya ada perjuangan untuk menjadikan sebuah negara republik tanpa ada lagi kuasa Raja-Raja Melayu untuk menyekat sebarang tindakan mereka. Gambar sebenar pun sanggup di edit demi membohongi rakyat, inikah kerajaan yang akan memimpin rakyat pada PRU-13?
p/s - 3 Kiblat 3 parti PR. Tidur 1 bantal mimpi lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih