ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday 5 January 2013

Siapakah Gerangan Wanita disisi Najib? @NajibRazak


Kuala Lumpur 5 Jan - Menyingkap semula kehidupan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika perkahwinan beliau yang pertama bersama Puteri Zainah Binti Iskandar atau lebih dikenali sebagai Ku Yie. Inilah wanita pertama yang dikahwini oleh DS Najib dan menemani beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang untuk melawat rakyat di Pahang dan mengikut Najib di majlis-majlis rasmi kerajaan waktu itu.

Puteri Zainah kini masih lagi sihat dan hasil perkahwinannya bersama Datuk Seri Najib dikurniakan 3 orang anak, Mohd Nizar 32, Puteri Norlisa 28 dan Mohd Nasifuddin dan Puteri Zainah menantu yang disayangi Tuan Puan Rahah. 


Mungkin ada juga yang tidak mengetahui bahawa bekas suami Datin Seri Rosmah Mansor adalah Farid Ismeth Emir iaitu seorang pembaca berita jam 10 di TV1. Anak perempuan Datin Seri Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth Amir merupakan isteri kepada pakar motivasi terkenal Dr Fazley.


Mungkin artikel ini amat mengejutkan pembaca namun, Nama sebenar isteri dr Fazley ialah Azrene Soraya Binti Abd Aziz, oleh yang demikian mengapa nama ayahnya Abd Aziz dan bukannya Farid Ismeth Emir?

Inilah antara fitnah yang cuba dimainkan oleh politikus-politikus melalui media maya bagi mengelirukan fakta sebenar. 

p/s - Lu pikir la sendiri, orang duk nengok je kau ni!


No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih