ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 6 January 2013

Tun M Kembali Ke Kabinet?


Kuala Lumpur 6 Jan - Jika Tun Mahathir berada dalam kabinet pasti beliau mempunyai cara bagi menangani segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kerana di era Tun M, pembangkang tidak dapat bernafas untuk cuba mempertikaikan dasar-dasar yang banyak membantu rakyat. Namun kita sering melupakan segala jasa Tun M sehingga hampir meragut nyawanya sendiri. 

Mengenang kembali jasa-jasa Tun M demi Islam Alhul Sunnah Wal Jamaah dan bukannya Syiah seperti didikan PAS,

1) Beliau yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Beliau juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir.

3) Beliau juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Beliau lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Beliau juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Beliau juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Beliau lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Beliau lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

9) Beliau lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Beliau jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Ramai yang inginkan Tun M untuk kembali ke Kabinet, namun apakan daya beliau sudah bersara tetapi jiwa dan raga beliau tetap untuk UMNO dan Barisan Nasional, bukannya seperti segelintir pemimpin UMNO yang tidak sedar diri setelah keluar daripada UMNO.

p/s - Dunia menyanjungi Tun M, tetapi di Malaysia Tun M dihina oleh mereka yang gilakan kuasa.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih