ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 22 January 2013

PAS Keluar PR, Ahli PAS Pijak Bendera DAP!

TS Pulau Pinang
tenterasabilbloggers@gmail.com

Penang 22 Jan - Karpal Singh mengundang kemarahan penyokong PAS apabila mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah. Hari ini sekumpulan penyokong PAS memijak bendera DAP dihadapan pejabat pengerusi DAP, Karpal Singh di Jalan Green Hall Georgetown Pulau Pinang. 

"Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu, “Orang Melayu Jangan Undi Karpal, “PAS Wajib Keluar PR, “Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama dan “Karpal Azmin Tidak Hormat Dasar PAS" - Sambil memijak bendera DAP

Perhimpunan lebih sejam ini telah disertai oleh penyokong PAS kawasan Tanjong dan Bagan Ajam yang telah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong. 

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan,"  -Kata Zaidi

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," - Bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Kebanyakan anggota PAS kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang berdiam diri dengan kenyataan Karpal tersebut. Bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

p/s - PAS semakin dalam keadaan kritikal untuk mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang. 

1 comment:

  1. salam tuan mohon linkkan blog saya dalam blog tuan, saya dah linkan blog tuan dalam blog saya.. :)

    www.headbomb.blogspot.com

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih