Kuala Lumpur 31 Dis - Pada Pukul 8 pagi tadi telah berlansung Larian Tahun Baru 2013 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Rais Yatim. Para peserta telah diberikan baju berwarna oren untuk larian sejauh 5 Kilometer ini yang telah dibahagikan kepada enam kategori.
B - Wanita Terbuka (18 - 35 Tahun)
C - Lelaki Veteran (40 Tahun)
D - Wanita Veteran (36 Tahun)
E - Lelaki Junior (13 - 17 Tahun)
F - Wanita Junior (13 - 17 Tahun)
Anjuran larian ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peringkat umur daripada golongan anak muda sehinggalah golongan veteran seluruh pelusuk negara. YB Datuk Seri Rais Yatim dan isteri juga telah menyertai larian ini untuk kategori VVIP dan YB Datuk Seri Rais Yatim telah mendapat tempat yang kedua dalam larian ini.
Hadiah yang lumayan juga telah disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi Juara akan mendapat RM3000, tempat kedua RM2000 dan tempat ketiga RM1000 beserta pingat.
Program-program seperti ini dapat memberikan kesan untuk kesihatan dan juga memberi ruang kepada anak muda dan veteran menunjukkan kehandalan mereka dalam menguji fizikal mereka.
Program ini juga dapat menunjukkan kepada negara luar bahawa sambutan ambang tahun baru di Malaysia memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat disamping dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat bertemu pemimpin secara lebih dekat daripada segelintir golongan anak muda yang membuat mogok lapar dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes.
Terdapat segelintir Mahasiswa atau lebih dikenali Mahasewel telah membuat mogok lapar di Dataran Merdeka namun mereka terpaksa berpindah kerana sambutan tahun baru pada detik 12 malam ini akan disambut ribuan Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Sewaktu TS pergi ke program larian pagi tadi tidak kelihatan mahasewel yang membuat mogok lapar di Dataran Merdeka.
TS berkongsi beberapa keping gambar sepanjang program pada pagi tadi, bukannya himpunan oren di Dataran Merdeka,
p/s - Tahniah kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas anjuran yang bermanfaat untuk ambang tahun baru 2013.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih