Engkilili 6 Dis - Seramai 250 tuai-tuai rumah di Dewan Undangan Negeri Engkilili sebulat suara menolak calon Parti Buruh Sarawak (SWP) Larry Sng Wei Shien bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya Umum Ke-13 yang akan diadakan
tidak lama lagi.
Sehubungan itu mereka bertekad akan berjuang habis-habisan mempastikan calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau anak Badak menang besar sekiranya diberi kepercayaan mengibarkan bendera BN pada pilihan raya Umum Ke-13 itu nanti.
Mereka bukan sahaja enggan menerima Larry bukan anak jati orang Lubok Antu malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan ‘perjudian’ SWP pada pilihan raya nanti.
Pengerusi Tuai-Tuai Rumah DUN Engkilili Cr Roy Edward Entalai yang mewakili 250 tuai rumah itu menasihatkan pengundi-pengundi di kawasan Lubok Antu terutamanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu nanti.
Beliau berkata, sebelum ini selama tiga penggal DUN Engkilili ini dipimpin wakil rakyat Toh Heng San dari Song dan kali ini Larry dari Kapit yang ingin mencuba nasib di sini.
Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry ini yang bukan asal orang dari Lubok Antu.
“Kami bukan takut dengan Larry yang bangsa Cina itu tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini, biarlah anak jati kami disini menjadi wakil rakyat kami
Cukuplah kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh dari Song sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai mesyuarat Agung Persatuan Tuai-Tuai Rumah N28 Engkilili 2012 di sini, semalam.
Mesyuarat itu telah dirasmikan Nyalau sambil diiringi Anggota DUN Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Nyipa.
Entalai yang menang tanpa bertanding pada mesyuarat itu memberitahu bahawa pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka.
Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya.
“Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya,” tegasnya.
Entalai yang juga merupakan Penolong Bendahari Cawangan Engkilili berkata, mereka akan menyokong Nyalau nanti berikutan dia bukan sahaja amat berkerjsama dengan Dr Rayong malah seorang yang rajin bekerja menjenguk rakyat di Lubok Antu.
“Walaupun Nyalau baru sepenggal menjadi wakil rakyat kami di sini tetapi banyak pembangunan mega dilaksanakan sama ada di DUN Engkilili mahupun DUN Batang Ai ketika ini,” ujar beliau.
Larry yang berkerunan Cina dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal Kapit.
Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau .
Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin dikalangan pengundi di Selangau.
Sumber - Edwin Raoh
p/s - Semua tempat menolak calon yang bukan daripada rakyat tempatan, oleh yang demikian jangan salah letak calon.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih