ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 2 December 2012

Harimau Malaya Menghantar Garuda Pulang!


Bukit Jalil 1 Dis - Harimau Malaya terus menunjukkan taring berbisa apabila membenam cabaran Indonesia bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir piala suzuki 2012. Peningkatan dan keserasian pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk membuktikan kepada peminat-peminat bola sepak negara bahawa Harimau Malaya masih lagi berbisa untuk meneruskan rentak kemenangan untuk edisi kali ini.

RH cukup berbangga dengan permainan yang ditunjukkan oleh para pemain namun masih lagi kecewa dengan permainan penyerang negara Safee Sali yang masih lagi tidak menemui sentuhan berbisa untuk menjaringkan gol dan menggerunkan pihak lawan. Pada edisi kali ini Safee Sali hanya dapat menjaringkan 1 gol ketika menentang Laos berbanding 5 gol yang berjaya dijaringkan pada keseluruhan edisi lepas. 

Gandingan Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli memberikan impak yang besar kepada pasukan apabila dua jaringan pada malam ini berkaitan dengan dua orang pemain ini dan Mahalli berjaya menyumbangkan gol pemusnah untuk menghantar Garuda pulang dan tidak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 


Gol pertama minit ke-26 hasil daripada hantaran Mahalli berjaya disudahkan oleh Azamuddin dan selang 3 minit Mahalli Jasuli pula berjaya menyudahkan lorongan Wan Zack Haikal untuk membenam Garuda untuk gol kedua. Permainan Harimau Malaya malam ini yang berjaya menguasai permainan dan menyerap serangan-serangan berbahaya Garuda yang mengeluarkan tiga orang pemain import meraka daripada Belanda namun masih lagi buntu untuk menembusi pertahanan Malaysia.

Pada separuh akhir nanti Harimau Malaya kehilangan Aidil Zafuan apabila mengutip dua kad kuning iaitu pada perlawanan menentang Laos dan kad kuning kedua pada malam ini. Pada separuh akhir nanti Harimau Malaya akan bertemu dengan Thailand pada 9 Disember sebelum perlawanan timbal balik pada 13 Disember nanti. 


Pada satu lagi perlawanan kumpulan B, Simgapura membenam cabaran Laos 4 berbalas 3 walaupun pada 1 ketika Laos mendahului dengan jaringan 2-0. Singapura menjuarai kumpulan B dengan 6 mata diikuti Malaysia ditempat kedua dengan 6 mata dibezakan dengan jaringan 1 gol berpihak kepada Simgapura. 

p/s - Tahniah Harimau Malaya! teruskan kemaraan untuk terus menjurang Piala Suzuki untuk edisi kali ini!



No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih