ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday, 20 December 2012

Imam Enggan Uruskan Jenazah Orang UMNO?


Alor Setar 20 Dis - Kerana taksub kepada parti politik sanggup menolak untuk menguruskan jenazah kerana mengatakan bahawa jenazah tersebut orang UMNO sedangkan menguruskan jenazah ini hukumnya adalah Fardhu Kifayah. 

Fardhu Kifayah ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa.

Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan. Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.

Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.




"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan."

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini."


Ini benar-benar terjadi dalam masyarakat Malaysia hari ini kerna terlalu memilih untuk berpolitik kewajipan dalam islam diabaikan. Adakah orang UMNO itu kafir sehingga tidak boleh diuruskan oleh orang yang beragama Islam? adakah UMNO tidak menjalankan hukum hakam islam sehingga tidak boleh menguruskan jenazah Ahli UMNO? Saat seseorang meninggal dunia, dia tidak lagi ahli UMNO, PAS atau DAP, jenazah itu tetap orang Islam dan WAJIB diuruskan jenazahnya sehingga selesai dikebumikan. 

p/s - Janganlah dibezakan politik jenazah tersebut setelah nyawanya dicabut, selesaikanlah kewajipan kita terhadap jenazah tersebut sehingga dikebumikan. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih