ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday, 25 December 2012

PEKIDA Terus Pertahan Agama, Bangsa dan Negara!


Nibong Tebal 25 Dis - Mesyuarat agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) kali ke-18 berlangsung di Dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian Nibong Tebal Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam. 

Menurut Presiden Pekida Malaysia, Ayahanda Jamaludin Mohd Yusof, Keanggotaan Pekida seluruh Malaysia kini telah menjangkau 300,000 orang dan jumlah ini amat penting bagi menguatkan pertubuhan serta memperjuangkan matlamat penubuhan Pekida. 

MISI DAN VISI PEKIDA MALAYSIA
1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia.
2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.
3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd.
4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia.
5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.
6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan.
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.


Menurut Presiden Pekida Malaysia lagi, "Kita sebagai anggota (PEKIDA) mempunyai tugas yang berat  begi memastikan kestabilan politik negara dikekalkan supaya negara akan terus aman dan damai". Katanya ketika berucap pada persidangan agung Pekida ke-18.

"Kita tidak mahu satu hari nanti kita terpaksa menangis di belakang pintu disebakan oleh kita gagal mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara kita sendiri"

Disamping itu beliau juga menyeru semua semua ahli Pekida menyokong kerajaan sedia ada yang sudah terbukti banyak membangunkan syiar Islam dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu semenjak negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

"Hanya kerajaan sedia ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan, dan kebajikan kepada rakyat. Jadi saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita." katanya.

p/s - Selamat bermesyuarat kepada Pekida Malaysia, semoga Allah merahmati perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih