ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 24 December 2012

Peneroka Dihalang Mendengar Ceramah PAS?

Temerloh 24 Dis - Peneroka di Jengka 11 telah di halang untuk mendengar ceramah PAS di Markas PAS Jengka 11 telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) PDRM di Temerloh.

Dalam laporan Polis yang dibuat oleh Zaharudin Noh 42, Polis Bantuan Felda telah bertindak menghalang jalan dan membuat sekatan bagi menghalang penduduk keluar. 

Zaharudin yang juga ahli PAS mendakwa bahawa akibat sekatan tersebut, ceramah PAS cawangan gagal diadakan walaupun polis telah mengeluarkan permit. Tambahnya lagi, hal ini telah mencabul demokrasi yang berada di Malaysia.

Terdapat satu lagi laporan polis dibuat oleh Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan sedangkan Jelajah Oren ke kawasan tersebut telah mendapat kebenaran daripada IPD Maran. 

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka dan JKKR. 

Turut berada di IPD ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka. Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai.

Video

p/s - Biarkan peneroka ini nak pergi mendengar ceramah PAS, biar mereka menilai sendiri bukannya di halang, para peneroka juga kena beringat siapa membela mereka sehingga menikmati kesenangan sehingga hari ini. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih