ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 12 December 2012

Warna Bendera Melaka Pula Ditukar Sesuka Hati!

Melaka 12 Dis - Hari ini seorang pengguna Facebook telah menukar warna bendera Melaka daripada warna biru kepada warna hijau. Jika dilihat pada malam sambutan 31 Ogos 2012 bendera Malaysia ditukar menjadi Sang Saka Malaya oleh penyokong Bersih, kini bendera Melaka pula menjadi mangsa menukar warna bendera Melaka kepada warna hijau. 



Bagi penyokong PAS mereka amat menyukainya kerana warna hijau cukup sinonim dengan bendera PAS itu sendiri namun warna hijau adalah warna universal kerana warna syurga. bukti hijau bukan untuk PAS,

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1. Maksud ayat : ”Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : "Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal. Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa. 


Ini membuktikan warna hijau bukanlah milik PAS tetapi milik Islam. Warna bendera Melaka yang ditukar sesuka hati ini bukanlah daripada penyokong bersih tetapi daripada seorang penyokong kerajaan. 


Menurut pengguna FB ini, inilah warna asal bendera Melaka yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba tetapi Tunku Abdul Rahman meminta warna hijau dibendera Melaka ini ditukar kepada warna biru seperti hari ini. Setelah RH membaca sejarah-sejarah berkaitan warna bendera Melaka ini, terbukti warna hijau inilah warna hasil cadangan Allahyarham Tun Ghafar Baba pada bendera Melaka.

Ghafar kemudian ditugaskan mengetuai sebuah jawatankuasa untuk melukis bendera Melaka. 

“Warna biru yang ada pada bendera Melaka sekarang ini pada asalnya mengikut cadangan saya ialah warna hijau. Tetapi Tunku mahukan warna biru, mungkin mengingati warna biru ialah warna Parti Perikatan,” kata Ghafar. 

Terang Ghafar lagi mengenai perkara ini : "Warna merah pada bendera negeri Melaka melambangkan keberanian, warna putih melambangkan kesucian, bulan dan bintang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu zaman dahulu dan bintang yang berbucu lima melambangkan rukun Islam.”

Inilah bukti sebenar-benarnya warna hijau yang ada pada warna bendera Melaka yang diceritakan sendiri oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba sewaktu hayatnya masih ada. 

p/s - Sejarah jangan dipadamkan, sejarah mesti diketahui oleh semua rakyat Malaysia dan perlu diingat, warna hijau bukanlah milik PAS tetapi milik orang Islam, jangan segan jangan malu untuk menggunakan warna Syurga. 





No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih