ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday, 15 December 2012

PDRM Mula Memberontak Menolak BN?


Selangor 15 Dis - Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)  hari ini mula menunjukkan kuasa yang ada ditangan mereka apabila menyeru rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Anggota tersebut ialah Norhashimah Mohamad, mengikut Facebook anggota tersebut (https://www.facebook.com/norhashimah.mohammad) dia bertugas di Selangor dan berasal daripada Merlimau Melaka dan alumni Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Skudai Johor. Namun kemusykilan daripada pihak RH kerana di Skudai Johor bukanlah UiTM tetapi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kenyataan anggota tersebut,





jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional,, 
RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI 


SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI,,

RH juga tidak faham dengan anggota keselamatan ini kerana mungkin dia mempunyai masalah di tempat kerja ataupun facebook dia di Hack oleh orang lain. Anggota ini juga mungkin tidak dapat memisahkan antara tugas hakiki dia dan sindrom politik Malaysia kini sehingga terbawa-bawa semasa bekerja. RH juga faham terdapat juga anggota keselamatan dan yang bekerja kerajaan menyokong pihak pembangkang, namun tidaklah begitu taksub sehingga campur aduk dengan kerja hakiki.

Melihat kepada kenyataan di atas dengan menggunakan lambang PDRM seolah-olah seluruh PDRM mengarahkan rakyat menolak BN pada PRU-13. Kenyataan di atas hanyalah kenyataan individu oleh yang demikian RH berpendapat tidak perlulah menggunakan lambang PDRM.  Kepada anggota berkenaan jika tidak minat menjadi anggota keselamatan berhentilah dan berpolitiklah 24 jam untuk PRU-13 dan seterusnya.

p/s - Jika minat berpolitik berhentilah dan berpolitiklah sehingga puas hati. Janganlah terlalu taksub sehingga merencatkan kerja hakiki dan amanah yang diberikan. 

1 comment:

  1. Bapa saya juga bekas anggota polis,
    walaupun kami tahu dia sokong parti mana, tapi awal awal lagi dia telah memberitahu kami...kerana UNIFORM yang di pakai maka dia TIDAK DIBENARkan menyatakan nya secara terbuka.

    Anjing BN? apakah selama ini dia rasa diri anjing?
    Yang gelar polis ANJING nie PR jer...

    Yep....Agree dgn persoalan UITM tu...di johor, UITM adalah di Segamat bukan Skudai.

    Saya pula lebih yakin bahawa pemilik akaun ini mungkin hanya lah warga kakitangan awam dlm PDRM.

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih