tenterasabilbloggers@gmail.com
Kuantan, 8 April - Bahang pilihanraya yang semakin hangat pada tahun 2013 memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat apabila semakin ramai ahli parti meninggalkan parti setelah melihat pucuk pimpinan parti yang gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Hari ini seramai 300 ahli PKR cabang Indera Mahkota meninggalkan parti dalam sebuah majlis yang telah diadakan di Kelab Pembangunan India Kuantan.
Ikrar taat setia kepada Barisan Nasional (BN) itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Di Pasir Salak dalam minggu ini serami 429 ahli dan pemimpin PKR telah bertindak meninggalkan parti tersebut. Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.
"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' Mohd Tarmizi Abu Bakar yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu
"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujar Tarmizi lagi
Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.
p/s - PRU-13 masa untuk rehatkan Anwar Ibrahim dan kuburkan terus PKR daripada bumi Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih