ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 28 November 2012

Ustaz Fathul Bari Tidak Faham Maksud Syair Imam Syafie!


Kuala Lumpur 28 Nov - Hari ini RH tersentak apabila mendengar penjelasan Ustaz UMNO, Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Mohd Rizal Azizan mengenai Syair Imam Syafie dengan mengatakan Syair Taubat itu merupakan karut khurafat dan tahyul. 

RH amat sedih mendengar penjelasan 2 orang ustaz daripada UMNO ini namun tidak pula bermakna RH menyokong Ustaz Azhar Idrus sepenuhnya tetapi RH menyokong kenyataan Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan bahawa,

"Kita merasakan kita tidak layak untuk syurga Allah kerana kita kenal diri kita, Jahat ke kita, banyak ke pahala kita., dalam syair imam syafie aku tidak layak untuk mendapat syurga-MU, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-MU"

"Dalam syair ini tawadaq, maknanya aku nak syurgamu tetapi aku tidak layak dengan syurgaku yang banyak, kalau akau masuk neraka aku tidak tahan dengan azab-MU" - Ustaz Azhar Idrus

Apabila kita mendengar syair taubat ini kita merasakan kelainan kerana syair ini di nyayinya dengan mendayu-dayu kepada Allah. Kita merayu syurga kepada Allah tetapi kita tau kita tidak mampu dengan dosa yang kita sedar dan tidak kita sedari, hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. Kita sebagai manusia biasa ini berusaha untuk mendapat syurga Allah, Amar Makruf Nahi Mungkar, melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi apa yang ditegah. 

JOM MENDENGAR KEMBALI DOA TAUBAT - DOA TAUBAT

Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa si hamba itu berkata bahawa dia tidak mahu ke syurga, ia hanya menyatakan yang dengan keadaan dirinya sekarang bahawa tidak layak syurga itu untuknya. Bukan tidak mahu ke syurga. Tidak mahu ke syurga dan tidak layak ke syurga adalah dua ayat yang berlainan maksudnya.

Syair ini berbentuk rintihan, luahan hati. Ia selari dengan maksud ‘kita tidak masuk syurga sebab amal kita, sebaliknya dengan rahmat Allah’. Ia hanya satu rintihan seorang hamba, yang mengakui bahawa amalnya tak banyak, amalnya tak mampu bawa dia ke syurga, melainkan kalau Allah yang izinkan kerana amalan bukan penentu mutlak seseorang itu ke syurga melainkan dengan rahmatNya.

p/s - Jika ingin mentafsir biarlah tidak membuatkan kita terpesong daripada Akidah, Islam itu indah, Islam itu Syumul. Hidup ISLAM!

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih