ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 15 January 2013

Nik Aziz & Mat Sabu Buat U-Turn Isu #KalimahAllah!


Kota Bharu 15 Jan - Selepas Majlis Syura Ulama PAS bersepakat membuat keputusan untuk tidak membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah, Nik Aziz terpaksa membuat pusingan U bagi menyelamatkan undi PAS pada PRU ke-13 akan datang.

Sebelum ini Mat Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah ini digunakan kepada bukan Islam tetapi hari ini timbalan presiden PAS Mat Sabu membuat pendirian pusingan U apabila menyokong kenyataan yang telah dikeluarkan oleh majlis syura ulama PAS.

"Pendirian saya sama seperti pendirian majlis syura" - kata Mat Sabu

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Nik Aziz telah menegaskan tindakn menterjemah perkataan God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna. 

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu.

p/s - Hadi Awang buat pusingan 360 pula ke lepas ni? 


2 comments:

  1. Dari dulu kerja spin adalah kerja diorang... kenapalah rakyat yg fanatik menyokong beliau ni, macam seolah kalau diorang masuk loji najis pun diorang ikut..

    ReplyDelete
  2. Entahla pa da jdi dgn pas ni.. Hari demi hri, bulan dh tk mengambang.. Ni smua suka mendoakn kn org ko.. Ni la dia musibah allah dh tunjuk dh sapa yg ko hancur.... Setahu teman kumpulan yg suka menghancur kn org ni sebiji mcm org penganut syah di iran....tk pa kita tengok jela spa yg ko dulu

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih