ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 8 January 2013

Balu Ibrahim Libya Dedah Perompak Duit Tabung Memali! @abdulhadiawang

Kuala Lumpur 7 Jan - “Pusara itu sebenarnya telah disiram dengan minyak wangi (minyak atar) bergred tinggi pada setiap hari selepas subuh sejak pengkebumian arwah” - Pengakuan oleh Ustaz Omar Khalid, seorang ulama PAS.

"Pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan" - Saleha Hussain balu Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya

“Mangsa-mangsa penipuan PAS dipinggirkan malah ada yang disingkirkan dari menjadi ahli dan ada yg digantung keahlian dan yang lebih menyedihkankan lagi dinafikan keahlian mereka”. - ujarnya lagi

Saleha Hussain juga mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS dan Beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan

Mangsa penipuan mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan.ada yang meninggal dalam keadaan yang menyedihkan.

Inilah kenyataan sebenar mengenai tabung memali, pendedahan demi pendedahan dibongkar dan yang terbaru Zainon Ismail atau CN Al-Afghani mendedahkan lagi siri tabung Memali yang lesap dimakan PAS. 

"Ke mana hilang semua harta balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali ini? Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diberi kepada balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali."

"Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali, Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa Pas tidak siasat," 



"Ada seorang balu yang meninggal tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dengan kaki bernanah dan berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?"

"Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim ini, sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham soal halal haram memakan harta anak yatim membiarkan mereka ini tanpa sebarang perhatian malah menekan kami," Tegasnya lagi

Bagi pengetahuan pembaca seramai 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.

Mengenai duit tabung memali ini, Empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah, Pejabat Pas Pusat, Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.

Semua sumbangan orang ramai termasuk barang kemas telah diuruskan oleh tiga orang individu termasuk Zainon. Zainon merasakan beliau bertanggugjawab kerana menyaksikan penderitaan mangsa memali yang dibiarkan sedangkan harta mereka berjuta-juta. 

Zainon juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sekirannya PAS tidak menyelesaikan penyelewengan tabung memali ini secepat mungkin. 

“Ada pun terhadap anak yatim makan janganlah kamu berlaku sewenang-wenang dan terhadap orang yang meminta-minta makan janganlah kamu menghardiknya" - Surah Ad Dhuha ayat 9-10

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. -Surah Al Ma’un ayat 1-3

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan zalim, pada hakikatnya mereka itu hanya memakan api dalam perutnya, kelak mereka akan masuk ke neraka sair.”

p/s - mengaku parti islam tetapi menyeleweng duit balu dan anak yatim, sedarkah mereka azab yang menanti?


7 comments:

  1. Astaghfrullahhalazimmm...ambil kesempatan atas derita mangsa memali.. sembang deraih jihad jihad...tutuh duit anak yatim memali satu perbuatan terkeji terlaknat...nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete
  2. Mohon no phone anak2 mangsa memali.... Boleh contact saya di 016 4897672 saya seorang wartawan.

    ReplyDelete
  3. Ada cerita disebalik cerita yang ramai tak tahu yg perlu diberitahu, harapkan kisah² yg tulin sahaja bukan palsu

    ReplyDelete
  4. Seharusnya masalah peribadi diuruskan dengan cara yang betul. Jgn diada2kan cerita .Fitnah tu besar balasannya...

    ReplyDelete
  5. Nasihat saya, semua pembaca kisah ini agar berhati2...elakkan dari melakukan dosa. Moga Allah berkati rahmati dan permudahkan semua urusan... AaMiiN YRA ��✨

    ReplyDelete
  6. Untuk mengilakkan fitnah report polis

    ReplyDelete
  7. PAN PAN....
    Kerana modal politik, isu lama pon sanggup lagi dikutip demi kesumat dendam terhadap PAS.
    Memang orang² PAN telah termakan sumpah laknat kerana bermain² dengan syariat Allah...
    Sampai isu macam ni pon nak heret lagi ke 2021...
    Bodoh tahap Abu Jahal dah orang² PAN ni..

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih