ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 21 December 2012

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Menyesal Menyertai PAS!

Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"


Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)

p/s -  Janganlah kepentingan politik dibawa sehingga jatuhnya cerai talak 3 sewenang-wenangnya sehingga runtuhnya institusi kekeluargaan. Allah murka kepada umatnya yang bercerai berai. 

10 comments:

  1. Kalau tak sanggup tolak la dari jadi calon pas.. Senang je.. Tu mesti ada niat nak lompat

    ReplyDelete
  2. Mmg kerja balaci... Isu lama diulang2. Tak payahlah bro nak baut fitnah mcm ni.. Dosa je..

    ReplyDelete
  3. Salam PAB berkata2 ¦
    Ini bukan isu nk jadi calon atau tidak. Ini soal mempermainkan kesucian islan ttg talak. Itupun x faham ker. Jgnlah asyik nk menegakkan benang yg basah sampai mendewa2kan pemimpin kamu. Ingatkah tuan akan kata2 nabi aka ada di akhir zaman nanti ulama' yg menggunakan islam utk tujuan kemudaratan. Baca hadis dan fahaminya bukan srkadar dgr tapi x rujuk langsung. Wassalam

    ReplyDelete
  4. usmad & istiqomah, pada pandangan saya artikel ini bukan mengulang cerita lama atau fitnah. yg terlebih penting isu 'baiah cerai talaq 3' memang masih wujud dlm pas. jgn kerana ingin membela pemimpin2 kamu yg berckp bohong, maka kamu juga mencari alasan yg bukan2 & akhirnya berbohong juga. taubat? sama2lah kita sentiasa bertaubat kerana dlm 24 jam sehari mustahil kita tidak membuat dosa. saya dan kamu serta yg lain2 bukan malaikat!!!

    ReplyDelete
  5. kita pun tak tahu sebenarnya ape yang berlaku dalam parti pas adakah dakwaan itu benar atau tidak .........

    ReplyDelete
  6. mana video atau bukti kukuh kenyataan Fauzi Shaari????

    ReplyDelete
  7. sepol.. video kan besi..mana boleh buat bukti.. jatuh 'kafir' nanti kalau lawan tuan garu... Tadbir!!!!

    ReplyDelete
  8. Dulu gelar polis anjing kerajaan tapi bila ada polis masuk pastipu terima pulak...munafik dan hipokrit. Kononnya kalau faui dah masuk Pastipu bolih ambil kesempatan korek rahsia kerajaan. Dulu tak ngaku Pastipu ada buat baiah sekarang dah dibuktikan olih fauzi shaari, takkan fauzi bohong pulak......

    ReplyDelete
  9. Fauzi Shaari betul2 keluar PAs la. http://www.sinarharian.com.my/politik/fauzi-tidak-pernah-menyesal-sertai-pas-1.115282

    ReplyDelete
  10. apa susah.. tak yah kuar pas kalau takut tertalak isteri. tapi jngn sekali2 undi PAS yh bermakna undi DAP, tapi undilah BARISAN NASIONAL!

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih