tenterasabilbloggers@gmail.com
PWTC, 21 Sept - Borang pencalonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun mempertahan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini, diserahkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 pagi oleh setiausaha politik beliau Datuk Khairun Aseh yang hadir mewakili Najib di Bilik Labuan, tingkat 5, PWTC semasa proses penamaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pencadang kepada Perdana Menteri bagi jawatan itu manakala penyokongnya ialah Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sementara itu, Muhyiddin turut mengemukakan kertas pencalonannya untuk mempertahan jawatan Timbalan Presiden Umno pada pukul 8 pagi.
Kertas pencalonan Muhyiddin diserahkan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Nardin Awang.
Pencabar Ketua Pemuda UMNO Malaysia Syed Rosli hari ini telah membuat provokasi setelah menyerahkan borang pencalonan pada 8.20 pagi di kaunter mengambil nombor giliran yang telah menarik perhatian media.
"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.
Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.
"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.
p/s - tahniah buat semua calon terutama PM dan TPM. Bertanding secara sihat dalam meremajakan UMNO kembali.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih