ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday, 21 September 2013

Pemilihan UMNO - Tan Sri Rahim Jadi Tumpuan, SUK UMNO M'sia Tarik Diri? @NajibRazak

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

MELAKA 21 Sept. - Pemilihan UMNO Bahagian Masjid Tanah menjadi tumpuan pemerhati politik kerana bakal menyaksikan pertandingan sengit berbanding lima lagi bahagian di negeri ini apabila tiga tokoh politik berpengaruh bersaing sesama sendiri merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Terbaharu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dijangka bertanding merebut jawatan tersebut selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Ismail Othman menawarkan diri.

Melihat kepada keadaan ini Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik memiliki peluang yang cerah berbanding 2 lagi calon lain kerana beliau mempunyai pengalaman luas di negeri Melaka dan Bahagian Masjid Tanah. Ab Rauf sebelum ini tidak berada di Bahagian Masjid Tanah kerabna beliau adalah Ahli UMNO Bahagian Bukit Bintang dan menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian di sana.

Beberapa ahli UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengesahkan Ab Rauf akan bertanding jawatan tersebut selepas beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Jeram dalam mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Ab Rauf bukan asing dalam arena politik kerana beliau ialah bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, bekas Ketua UMNO cawangan Dataran Merdeka dan bekas Exco Pergerakan Pemuda sewaktu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi ketuanya.

Utusan Malaysia difahamkan Ab Rauf dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai keputusannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dalam tempoh terdekat sebelum penyerahan borang pada 21 September ini.

Lebih menarik, dua lagi jawatan bahagian tersebut iaitu Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua turut menyaksikan persaingan sengit apabila ketiga-tiga yang bertanding jawatan Ketua Bahagian menyenaraikan calon masing-masing.

Jawatan timbalan kosong apabila penyandangnya, Datuk Ab. Karim Sulaiman yang juga bekas ADUN Tanjong Bidara dan Exco kerajaan negeri tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Jawatan tersebut turut bakal menyaksikan saingan tiga penjuru apabila Naib Ketuanya, Datuk Talib Bachek yang merupakan penyokong kuat Ab Rauf bertanding di samping ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof bergandingan dengan Ismail.

Seorang lagi calon Setiausaha UMNO Bahagian dan Pegawai Khas Ketua Menteri, Jamaluddin Joned bergandingan dengan Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik.

Saingan sengit bagi jawatan Naib Ketua berlaku apabila ADUN Tanjong Bidara, Md. Rawi Mahmud bergandingan dengan Ab Rauf bertanding bersama-sama AJK Bahagian, Azman Nordin yang dikatakan sebagai orang kuat Ismail.

Rahim pula mempertaruhkan Ketua Cawangan Bukit Apit, Hanafiah Osman merebut jawatan Naib Ketua bersama-sama Azman dan Md. Rawi.

p/s - Bertanding secara sihat, jangan sampai UMNO lemah dan rebah!

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih